SIRI 1:APAKAH TUGAS KITA SEBAGAI AHLI KELUARGA HJ MOHD TAHIR ABDUL SAMAD
SIRI 1
Kewajipan kita sebagai ahli keluarga Hj Mohd Tahir Abdul Samad ialah berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi seorang Islam yang sebenarnya yang menghayati ajaran ajaran Islam ,yang memperjuangkan penghayatan Islam didalam diri,keluarga dan masyarakat.
Diantara kewajipan kewajipan penting yang mesti dilakukan segera ialah:-
1)Menuntut ilmu agama Islam dengan menghadiri majlis majlis ilmu baik di masjid atau surau.Membaca dan menyertai perbincangan perbincangan mengenai Islam dan mengenai masyarakat untuk membina kefahaman yang mendalam tentang Islam dan penghayatannya.
2)Megamalkan dengan sempurna segala kewajipan kewajipan yang terkandung didalam kewajipan fardu Ain iaitu:
a)memahami aqidah Islam dan berpegang teguh dengannya tanpa ragu dan syak:
-percayakan keesaan Allah SWT dan kesempurnaan zat,sifat dan perbuatanNya.Percaya
adanya makhluk Allah yang dinamakan malaikat yang taat dan patuh kepada segala
perintah Allah SWT.
-percayakan kebenaran rasul rasul yang diutuskan oleh Allah dari kalangan manusia.
Percayakan nabi Muhammad SAW dan membenarkan ajaran yang dibawanya adalah
daripada Allah dan agama Islam yang dibawa oleh baginda adalah ajaran Allah yang
terakhir dan lengkap yang diwahyukan oleh Allah kepada manusia.
-percayakan kitab kitab Allah SWT yang mengandungi ajaran ajaran yang diwahyukan oleh
Allah kepada Rasul RasulNya.
-percayakan bahawa kehidupan diatas dunia ini adalah sementara dan akan berlaku Qiamat
serta manusia akan dibangkit semula daripada kuburnya dan kemudianya dipindahkan
ke alam akhirat yang akan ditentukan kehidupannya oleh Allah mengikut amalan didunia
ini.Manusia akan kekal hidup dialam akhirat itu selama lamanya.
-percayakan bahawa nasib manusia samaada baik atau buruk adalah ditentukan oleh Allah
SWT.
bersambung.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment