Friday, April 25, 2008

LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA

1. Dunia itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.

Thursday, April 24, 2008

DOSA SANG GURU KERANA MENDIDIK ANAK MURIDNYA?

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.
Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.
Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.
Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.
Tugas Guru Dijadikan Nilaian
Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.
Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.
Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.
Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…
Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..
Ditulis oleh : IbnuNafis at
01:37
Labels:
DISINI ADA BAHAGIA

Ketika bermusafir dinegeri orang,aku melihat damainya halaman kampung. Walaupun rumah seperti gobok,Text Color tidak semewah di banda-bandar besar. Tetapi riang ria kelihatan di memek muka orang yang tinggal di dalamnya. Dengan anak-anak kecil berlari, ditambah pula dengan suasana kehijauan alam. Di malam harinya tiada kebisingan yang menganggu istirehat.Berlainan pula di bandar-bandar besar, banyak rumah banglo yang didirikan. Kereta besar yang menjalar di jalanraya. Tetapi penuh dengan haru biru bunyi hon kenderaan. Di sini ada jenayah yang berleluasa. Di rumah besar itulah juga rasanya seperti penjara, terpaksa diletakkan pelbagai cctv, penjaga rumah, didirikan tembok-tembok tinggi bersalut dengan kekaca untuk menghalang dari pencuri masuk. Makin kaya makin sempit jiwanya!Ada orang yang terlantar di rumah sakit, tetapi mulutnya terkumat kamit dengan zikruLLah. Senyum sahaja dengan pelawat yang datang silih berganti sedikitpun tidak menunjukkan sakit yang dideritainya. Rupanya derita fizikal yang dirasai orang lain sebagai amat berat itu adalah ringan baginya.Di mana letaknya bahagia itu?Lumrah hidup manusia ingin mencari kebahagiaan. Orang mengatakan bahagia datang dengan kekayaan. Orang yang sakit mengatakan sihatlah yang memberi kebahagiaan, orang yang dijajah pula mencelah bahawa kemerdekaan adalah puncak bahagia, begitu juga orang yang dipenjara baginya kebebasan adalah bahagia.Ahli jiwa barat seperti Abraham Maslow menyatakan bahawa kebahagiaan akan tercapai apabila manusia telah mencapai 'self actualization' melalui hirarki keperluan yang diperkenalkannya.Ibnu Khaldun berpendapat : Bahagia itu adalah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan ALlah dan perikemanusiaan.Imam al Ghazali menyatakan : Bahagia dan kelazatan yang sejati ialah bilamana dapat mengingat ALlah.Bahagia bukan datang dengan kebendaan Adakah datangnya rasa bahagia dengan kemajuan materialistik? Di negara-negara maju seperti di Jepun yang hebat teknologinya seramai 6000 orang membunuh diri setiap tahun. (menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Naoki Watanabe a1, Kazuo Hasegawa a1 and Yoko Yoshinaga a2 a1 Department of Psychiatry, Saint Marianna University, School of Medicine, Kawasaki, Japan. a2 Department of Public Health, Saint Marianna University, School of Medicine, Kawasaki, Japan).Di Amerika pula, negara polis dunia yang menobatkan diri mereka adalah penjaga keamanan mempunyai masalah sosial yang tinggi seperti penyalahgunaan alkohol, dadah dicampur dengan berlakunya penyalahgunaan kuasa tentera yang sudah sedia diketahui dunia.Manakala Dr Yusof al Qardhawi pula apabila dibuat penyelidikan dari ahli bijak pandai, beliau bertemu dengan seorang ahli fikir yang menyatakan bahawa pokok ketenangan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh ALlah untuk diberikan hanya kepada orang-orang pilihanNya. Ramai orang yang diberi ALlah kepintaran, kesihatan dan harta yang banyak dan tidak kurang pula dengan kemahsyuran. Tetapi ketenangan jiwa hanya dikurniakan oleh ALlah dengan ukuran dan terbatas. Dari pendapat ahli fikir mereka semuanya berdoa : "Biarlah ya Tuhan, segala kesenangan dunia ini terletak di bawah tapak kaki orang yang bodoh. Dan kepadaku, berikanlah hati yang tidak pernah bergoncang!"Bahagia ada di dalam hati yang tenang, iaitu hanya untuk orang yang yaqin bahawa dirinya akan dikembalikan kepada ALlah. Ketenangan jiwa tiada pada orang yang lemah iman, hidup akan merasa hampa dan putus asa. Berapa ramai manusia yang jiwanya bergoncang, akalnya kacau bilau walaupun di kiri kanannya adalah harta yang bertumpuk, isteri yang menawan, pangkat dan kehormatan yang dipandang manusia ramai.Ramai manusia yang terpesona dengan kecantikan dunia yang sementara."Dan Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya, bukanlah untuk permainan belaka. Keduanya Kami ciptakan hanyalah dengan tujuan yang benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (Ad Dukhaan :38-39)"Adakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu sebagai main-main? dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? " (Al Mukminin : 115)Hebatnya orang beriman, ia faham tentang Islam, berbangga dirinya sebagai orang yang beriman. Tentulah dia tidak menyesal dengan mengikut apa yang diperintahkan ALlah dan RasulNya, kerana dia tahu, sumber ketenangan itu sudah ada di dalam hati yang mengakui ketuanan ALlah yang mutlak.يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى(٢٩) (وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!(30)
Ditulis oleh : IbnuNafis at
21:52
Labels:

0 comments:
Catat Ulasan

Links to this post

Friday, April 18, 2008

SIRI 3 :APAKAH TUGAS KITA SEBAGAI AHLI KELUARGA HJ.MOHD TAHIR ABDUL SAMAD

SIRI 3

3)Setiap ahli keluarga Hj Mohd Tahir hendak lah membaiki hubungan dengan kaum keluarga,jiran,kawan dan berbuat baik kepada mereka didalam batas batas yang tidak melanggar batasan batasan Allah SWT dan janganlah membiarkan diri masing masing semasa berbaik dengan mereka dipengaruhi oleh mereka untuk melakukan maksiat kepada Allah dan menyimpang daripada perjuangan menghayati dan menegakkan Islam.Sebaiknya kita adalah Daie yang bekerja mempengaruhi mereka supaya berjuang untuk Islam.Diantara langkah langkah yang perlu diambil untuk berhubung rapat dengan mereka ialah:
-menziarahi mereka diwaktu waktu yang sesuai.Jika berkemampuan,bawalah hadiah atau buah tangan ketika melakukan ziarah itu.
-sentiasa bertanya khabar kepada jiran jiran dan kaum keluarga kita untuk menambahkan kemesraan.
-berilah bantuan dan pertolongan jika jiran jiran, kaum keluarga serta kenalan kita yang berada didalam kesusahan.

4)Kita hendaklah mengambil tahu tentang kedudukan dan perkembangan keluarga dan kita hendaklah menyertai segala program yang disusun dan diatur oleh keluarga.Olih itu setiap dari kita hendaklah menawarkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakannya.Pembayaran bulanan tabung keluarga hendaklah dilunaskas dengan segera.

PERKARA PERKARA YANG TELAH DIBINCANGKAN DIATAS ADALAH TUGAS DAN TANGUNGJAWAB YANG PENTING BAGI SETIAP AHLI KELUARGA HJ MOHD TAHIR ABDUL SAMAD DAN HENDAKLAH IANYA DI IKUTI SEBAGAI LANGKAH PERMULAAN BAGI KITA UNTUK MENGUJUDKAN SATU KELUARGA YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.AMIN.

Thursday, April 17, 2008

Keluargaku..

Wednesday, April 16, 2008

A TALE OF TWO RIVERS (MUST SEE)

Below Shown Photos are of the two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa.

These rivers flow together and there nature came to know in the starting of 20th century where as ALLAH (SWT)mentioned the nature of these two rivers in Holy Quran around 1400years Back.

These two river flow together and finally settle down in the Ocean,taste of one river is extreamly sweet whereas the taste of another river is extreamly opposite (that is bitter) but they never mix.There is nothing in between these rivers which stops them from mixing togther but its is the will & order of ALLAH (SWT)

from surah Ar-Rahman








ANTARA SAYYIDINA UMAR ABDUL AZIZ & LIM GUAN ENG

Mungkin menjadi iktibar kepada kita yang menganut Ugama Islam ini.




Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang ..Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz. Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini....Bagaimana kita orang Islam?....Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh

KULIAH AGAMA(TAUHID) OLIH USTAZ IBRAHIM ASTAR DI SURAU ASSAMADIAH,KG AIR PAPAN,TG TUALANG,PERAK.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT KE MAJLIS KULIAH AGAMA TERSEBUT PADA
22HB APRIL 2008 HARI SELASA SELEPAS SOLAT MAGHRIB.PENGANGKUTAN DISEDIAKAN.

KULIAH AGAMA OLEH USTAZ ALIAS DI SURAU ASSAMADIAH,KG AIR PAPAN,TG TUALANG,PERAK.

DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI KULIAH TERSEBUT ESOK 17HB APRIL 2008 SELEPAS
MAGHRIB.PENGANGKUTAN DISEDIAKAN.
SIRI 2:APAKAH TUGAS KITA SEBAGAI AHLI KELUARGA HJ. MOHD TAHIR ABDUL SAMAD.

SIRI 2
waktu didalam
b)semua ahli keluarga Hj Mohd Tahir hendaklah mengerjakan sembahyang lima w
aktunya dan sebaik-baiknya diawal waktu,tampa lalai dan lengah.Cubalah berusaha bersungguh2 supaya mengerjakannya secara berjemaah disurau atau dimasjid bagi yang lelaki.Kalau boleh sekurang kurangnya sembahyang Isyak jemaah sekeluarga tiap tiap hari.Hendaklah dikerjakan sembahyang dengan khusyuk dan merendah diri kepada Allah SWT.
c)jika memiliki harta benda yang wajib dikeluarkan zakat,tunaikanlah segera kewajipan itu mengikut kadar yang ditentukan syarak.
d)tunaikan ibadah puasa yang wajib iaitu sebulan dalam masa setahun pada tiap tiap bulan Ramadan.Adalah baik puasa sunat misalnya setiap hari Isnin dan Khamis di bulan bulan yang lain daripada Ramadan,melainkan dihari yang diharamkan iaitu hari syak dan hari hari tasyrik dan pada 2 hari raya.
e)buat perancangan dan niat untuk menunaikan ibadah haji di Makkah dengan tidak melambat kannya apabila mampu.
f)meninggalkan segala kerja kerja yang diharamkan oleh Allah SWT seperti rasuah,kerja kerja syirik,riba,mengumpat dan lain lain lagi.
g)pakaian dan makanan hendaklah dari bahan bahan yang bersih dan halal.Begitu juga dengan sumber hendaklah mendapatkan dari sumber yang halal.
h)aurat hendaklah dijaga sebaik baiknya.Lelaki tidak akan berseluar pendek dan yang perempuannya bertundung.Aurat antara ipar duai dan sepupu hendaklah difahami dan dipatuhi.
i)menghisap rokok merupakan amalan yan sia sia dan merugikan wang serta membawa mudharat kepada diri.Merokok atau perbuatan yang merugikan ini tidak dilakukan oleh orang Islam yang baik.
j)kita tidak boleh ragu ragu untuk mengistiharkan diri sebagai seorang Islam,bahkan kita mestilah berbangga menjadi seorang Islam yang mengikuti jalan yang benar dan lurus.

Penghisytiharan dengan lafaz Laa ilaha illallah wajib dilakukan selalu.Demikian juga
mempertahankan pengakuan itu dengan penuh kesungguhan serta memelihara kehendak dan tuntutannya.
k)bersihkan diri kita daripada sifat sifat tercela dan bisikan bisikan hati yang merosakkan keikhlasan beribadah kepada Allah SWT.Sempurnakanlah tuntutan Islam supaya berakhlak baik dan indah tutur bahasa dan kelakuan.

bersambung..........